<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2419780825974317184?origin\x3dhttp://musemewithyourmusic.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Crystals
filled with memories
" Through those sad times
you held my hands till the end of the world. "
Aku musnah kerna cinta.
Sunday, November 28, 2010 <$BlogItemDateTime $>

Hatiku pedih bila engkau pergi tanpa mengucapkan selamat malam. Aku memarahi diriku sendiri kerana selama ini aku tak menyambut kembali cintamu. Aku menyesal. Tapi mengapa mereka selalu mengahalang. Alasannya jarak. Alasannya dirimu player.

Adakah jarak itu suatu rintangan yang amat besar? Soal jarak pasti ada penyelesaiannya. Mengapa harus yang jauh berjaya mengumpan diriku ini yang lemah di tangan cinta?

Cinta itu buta. Aku buta setiap kali aku jatuh di dalam lubang cinta. Lubang yang lain daripada yang lain, yang penuh dengan asmara indah. Aku lalai kerana cinta. Cinta membutakanku secara menyeluruh.

Hari pertama ku mengenali dirimu. Hari kedua kau mengucapkan kata-kata indah di kuping telingaku. Hari ketiga ku mendekati soal peribadimu. Hari keempat kau tetap menegurku tapi kau tidak seceria dahulu.

Mungkin kau menyangka aku tidak mahukan dirimu. Tetapi itulah sangkaanku kali pertama ku mengenalimu. Kerana kau bukan orang dekat. Kau jauh. Bagaimana harusku melemaskan diriku dalam cintamu?

Hatiku bagaikan kaca yang harus ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sekali itu kau cuba mengambil hatiku, sekali itulah juga aku terpaut. Dan bila ku terpaut, susah aku nak lepaskan. Darah kan meleleh tidak henti-hentinya jika hati yang tersangkut ini kau lukakan dengan melepaskannya.

Mengapa harus cinta itu buta? Aku mahu fikir masak-masak. Tetapi masa tidak akan menunggu. Kau tambat hatiku sebegitu rupa. Tapi kau dikecewa. Kini ku pula kecewa.

Tomorrow maybe? Please.

HaMie!





ILYILYILYILYILYILYILYILY